9 Nov 2010

Berkunjung ke Merlimau dan Felda Kahang

Pada 7.11.10 kami telah dijemput ke majlis perkahwinan adik kepada Ida dan Bid di Felda Kahang Barat, Johor. Rombongan kami bertolak pada pagi hari sabtu bersamaan 6.11.10 dan telah bermalam di rumah abg Lan dan kak Zai diMerlimau, Melaka. Apabila sampai kerumah mereka kami amat tertarik kepada keunikan senibina rumah tradisional berkenaan. Pada masa ini amat sukar untuk melihat senibina sedemikian. Pada sebelah malamnya kami menjalankan aktiviti sepertimana yang dirancangkan. Kepada mana-mana ahli-ahli persatuan yang tidak dapat menyertai kami, kami merancang untuk sekali lagi berkunjung ke rumah mereka.










Pada pagi ahad sepertimana yang dirancang rombongan kami bertolak pula ke Felda Kahang Barat bagi memenuhi jemputan Bid dan Ida dan sampai disana pada pukul 12.00 tghari.

Pengerusi persatuan sedang menyumbangkan salah sebuah lagunya yang digemarinya " Semut Merah"....

Puan Ida dan ibunya....dan kelihatan juga ayahnya yang sedang menunggu tetamu.




[+/-] Selanjutnya...