19 Feb 2009

Nikmati percutian di Hulu Langat


Hulu Langat yang terletak berhampiran bandaraya Kuala Lumpur terkenal sebagai tempat perlancongan dan tempat ini menjadi tumpuan ribuan pelancong disetiap hujung minggu dan cuti-cuti am. Tempat ini yang terletak hanya sejam perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur menawarkan tempat-tempat untuk beriadah yang kaya dengan flora dan faunanya.


Antara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati ialah;

~ Kolam Air Panas Kg. Serai
~ Kolam Air Panas Dusun Tua
~ Sg. Congkak
~ Air Terjun Sg. Gabai
~ Gunung Nuang

:: Kolam Air Panas Sg. Serai ::
Terletak di Kampung Sg Serai, Mukim Hulu Langat. Di sini terdapat banyak kolam air panas memandang struktur tanah banyak mempunyai belerang. Ramai pengunjung luar yang datang ke kolam ini.

:: Kolam Air Panas Dusun Tua. ::
Terletak di Bt. 16 Dusun Tua bersebelahan dengan sebuah surau. Kolam ini juga menerima kunjungan ramai kerana terdapat kemudahan untuk mandi.

:: Sg Congkak ::
Salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Hulu Langat yang menjdi pilihan ramai dan terletak di Bt. 21, Sg Congkak.

:: Air Terjun Gabai ::
Terletak di Kg. Sungai Lui yang menjanjikan keindahan pemandangan dan alam semulajadinya.

:: Gunung Nuang ::
Menjadi pilihan ramai bagi mereka yang meminati aktiviti memanjat gunung dan "jungle tracking".

Terdapat juga resort-resort menarik yang memberikan mutu perkhidmatan yang baik dan selesa bagi mereka yang inginkan percutian di Hulu Langat.
Antara resort-resort yang terdapat di Mukim Hulu Langat:
~ Impian Resort (Sg. Semungkis)
~ Agrotec Resort (Sg Semungkis)
~ Akal di Ulu.
~ Nur Lembah Pangsun.

No comments:

Post a Comment