22 Feb 2009

Ekspidisi Gunung Nuang pd. 26-27 Jan. 2008



Pada 26 - 27 Januari 2008, Persatuan ini telah menganjurkan aktiviti mendaki Gunung Nuang. Kumpulan ini terdiri daripada sepuloh (10) orang peserta mula bertolak menuju kedestinasi lebih kurang pukul 8.00 pagi.

Oleh kerana terlalu 'excited' sangat, seorang perserta tanpa disedari telah tertinggal. Hanya beg dan handphonenya saja yang pergi. Apabila handphone kepunyaanya berbunyi maka terpinga-pingalah perserta-perserta yang lain kerana h/pone masing-masing tidak berbunyi. Maka barulah mereka teringat bahawa seseorang telah tertinggal...gelak besarlah mereka.

Kumpulan kami bermalam dipertengahan jalan Gunung Nuang dan meneruskan pendakian pada keesokan harinya. Pelbagai pengalaman yang ditempuhi sepanjang pendakian, maklumlah ramai yang veteran.

Salah seorang daripada ahli kumpulan kami telah berjaya sampai kekemuncak Gunung Nuang pada pukul 11.36 pagi. Setelah berehat seketika kami mula menuruni gunung dan berehat seketika dikhemah tempat perhentian kami sambil menikmati jamuan makan tgh.hari.Lebih kurang pukul 5.00 petang kami mula berkemas untuk pulang.. Saksikanlah gambar-gambar kami di ruangan galeri.

1 comment:

  1. Komeniti kito paling sportinglah sehati sejiwo ore kato,buat aje program terus maju tanpa toleh belakang...jangan pandang belakang tapi...jangan lupo pakai tali pinggan belakang.Well Done Gang

    Azah Aniq WPN 6303

    ReplyDelete