23 Feb 2009

Gotong Royong Dirumah Utz. Zul dan En.Suhairi

Pada pagi ahad yg. lalu bertarikh 15.2.09, suatu gotong-royong telah diadakan bertempat di rumah ustaz Zul dan rumah en. Suhairi. Dirumah ustaz Zul kami melakukan kerja-kerja menyimen kawasan jemuran pakaian dan membuat saliran air ke longkang.




Kerja-kerja pembinaan saliran air sedang dilakukan sambil dibantu oleh beberapa orang jurutera.








Berehat sejenak sambil menikmati juadah yang disediakan oleh pihak tuan rumah sambil berbincang mengenai aktiviti-aktiviti lain yang akan dilakukan.Dapat juga makan free..


Selepas berehat, kami mula melakukan kerja-kerja penebangan pokok mempelam di rumah en.Suhairi....Katanya dah lama pokok tu tak berbuahkan emas.


Begitulah kegiatan masa lapang kami demi perpaduan penduduk. Terima kasih diucapkan kepada ustaz Zul dan en.Suhairi kerana menyediakan juadah buat kami. Minggu depan mungkin ke rumah en. Bidin untuk aktiviti selanjutnya.

1 comment:

  1. Ini adalah satu lagi bukti kekuatan komeniti kito..tengok belako-lako contoh dan tauladan puok-puok kito...HIHihie best for goodlahh

    Azah Aniq WPN 6303

    ReplyDelete