27 Feb 2009

Ujian Khidupan

Paparan saya, Tafsiran anda...

UJIAN KEHIDUPAN
Penulis asal: Nabiha Al-Khalidiy


Salaam,

Untuk panduan kita bersama agar kuat dan tabah apabila menghadapi
dugaan/ujian dari ALLAH swt. Jangan cepat putus asa atau menyalahkan
takdir.....

Di dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak dapat terlepas daripada
ujian. Itulah lumrah kehidupan kita di atas alam maya ini.

Sebagai seorang hamba kita perlu terima dengan dada terbuka dan
kembalikannya kepada Allah Ta'ala, kerana Dia yang berikan kita ujian dan
dia juga yang akan mengangkatnya daripada kita. FirmanNya di dalam surah :
و لنبونكم بشئ من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر
الصابرين

Maksudnya:...dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit rasa
ketakutan,
kelaparan, kekurangan hartabenda dan jiwa serta tumbuh-tumbuhan. Dan
berilah berta gembira kepada orang-orang yang sabar.
al-Baqrah:155


Sebelum Allah Ta'ala hendak menguji hamba-hambanya, Dia anugerahkan kepada
mereka akal, kehendak dan kekuatan untuk melakukan sesuatu. Dengan tiga
perkara tadilah kita semua akan diuji. Ada di kalangan kita yang diuji
dengan kesenangan, kemewahan hartabenda dan ada pula yang diuji dengan
kesusahan hidup, kesempitan rezeki, jalan hiseolah-olah menjadi sukar
baginya, didatangkan musibah, bala dan kemalangan yang silih berganti.
Semuanya adalah merupakan uijian daripadanya untuk dinilai kemantapan iman
seseorang.

Di dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas daripada menempuh ujian,
samaada besar atau kecil. Bersabarlah ketika menghadapinya, kerana di
sebalik ujian yang datang terdapat seribu satu macam rahmat yang kita tidak
nampak. Setiap kesusahan ada kemudahan. Firman Allah:
فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا

Maksudnya: ...maka sesungguhnya sesudah kesulitan ada
kemudahan,sesungguhnya sesudah
kesulitan ada kemudahan.
surah al-Syarh:5,6

Memang sudah menjadi tabiat kita manusia, inginkan kemudahan, kenikmatan
sepanjang masa, kelapangan hidup. Namun begitu kita perlu ingat, tidak
semua yang kita suka itu adalah baik untuk kita dan tidak pula sesuatu yang
kita benci dan tidak suka adalah buruk untuk kita. Firman Allah:
و عسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم
وأنتم لا تعلمون

Maksudnya: ...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagi
kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan dia amat buruk bagi
kamu.
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
surah al-Baqarah: 216

Bila kita dapat menerima ujian Allah, kita akan terasa ketenangan yang
tidak terhingga di dalam diri kita, kerana kita sedar semua yang datang
adalah daripada Allah Yang Maha Mengetahui. Allah tidak akan menganiaya
hamba-hambanya, sebab Allah Maha Adil di dalam hukumannya. Apa yang kita
perlu ingat ialah setiap musibah yang datang adalah disebabkan oleh
dosa-dosa yang kita lakukan. Kepahitan hidup, kesusahan dan mala petaka
adalah untuk membersih dan menaikkan darajat kita di sisiNya.

Wahai saudaraku, bersabarlah ketika kita mengharungi kehidupan ini,
sentiasalah ingat kepadaNya. Kerana hanya kepada Allah tempat kita mencurah
rasa dan mengadu nasib. Dia akan membela kita, merahmati kita dan memberi
jalan keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi, dengan syarat kita
hendaklah bertaqwa kepadanya.

Wallahu a'lam

Renung-renungkan dan selamat beramal...

-----------------------------------------------------------------------
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak
kepada keturunan dan harta kepunyaan kamu, sebaliknya Allah memandang
kapada hati kamu. Maka sesiapa yang memiliki hati yang bersih suci, nescaya
Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang
yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bertakwa di kalangan
kamu. (Riwayat Muslim & Tabrani)

No comments:

Post a Comment