23 Oct 2010

Anak-anak kita dengan bolasepaknya

Kelab bolasepak ini ahli-ahlinya terdiri daripada anak-anak yang tinggal berjiranan kawasan ini dan berumur diantara 12 tahun hingga 15 tahun. Mereka menjalani latihan disetiap hujung minggu dan dikendalikan oleh En.Rosli. Latihan ini dapat memantapkan lagi pasukan bagi menghadapi sebarang kejohanan serta perlawanan-perlawanan persahabatan yang telah diaturkan.


Anak-anak ini tetap gigih berlatih walaupun keadaan padang berlopak dan digenangi air. Keadaan seperti ini hanya terdapat disawah-sawah sahaja.

Jika yang berhormat ataupun yang berpengaruh melayari blog ini, kami berharap dapatlah sekiranya pihak tuan mencari jalan bagi membantu anak-anak ini.

Kecil-kecil cili api....Mereka merupakan pelapis kepada ahli-ahli sukan negara kita.

Berehat sejenak sambil mendengar tunjuk ajar daripada jurulatih.

No comments:

Post a Comment