27 Feb 2009

Pandangan Tuhan Jatuh Pada Hati

Title: Pandangan Tuhan Jatuh Pada Hati
Directory: Agama Corner
Author: myjodoh.net


Mari kita sama-sama baca dan ambil iktikbar dan kita sampaikan pada
mereka yang tak dpt join mymasjid....agar sama-sama kita dapat
manfaatnya.....
wallahualam...

Hati Tempat Jatuh Pandangan Tuhan

Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri.
Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s.
sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa
a.s.

Katanya' " Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan
ada juga berkatnya untuk aku."

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan
niatnya itu. Dia berkata, "Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri
macam aku ini berjalan bersama seorang nabi." Sejurus kemudian, dia
terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa a.s.
dari belakang.

Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan
dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, "Baik aku
berjalan bersama di abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku."

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk
berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid
terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, "Celaka
aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti
rosak segala kebaikan dan amalanku."

Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si
pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya.
Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, "
Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu
kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah."
Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri
kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh
Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan
ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka
akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat
ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin.
Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia
amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita.
Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga
jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih
meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.

Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin
ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia
rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa
dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya
supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat
ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan
bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan
bersama para Nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak
melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati.
Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan
tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat
untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar
berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.

sekian, wassalam.....

wallahualam.

1 comment: