13 Mar 2009

Sri Nanding DiLanda Banjir


Pada hari ini sebahagian daripada kawasan penduduk Sri Nanding dilanda banjir.Air mula naik secara berperingkat mulai waktu tengah hari.Kejadian ini memang jarang berlaku dikawasan ini. Banyak rumah dimasuki air. Bagi yang berada dirumah dapatlah menyelamatkan barang-barang masing-masing. Manakala yang keluar bekerja hanya bertawakallah saje. Walaupun banjir ini tidak besar tetapi menyedarkan kita supaya sentiasa bersiap sedia.



Beginilah keadaannya banjir yang melanda dikawasan kami.




Ada pelbagai cara bagaimana mereka menghadapi banjir. Bila ditemuramah ada yang mengatakan seronok dilanda banjir. Bagi mereka yang tidak terjejas memanglah seronok tapi bagi rumah yang dimasuki air terpaksalah bekerja keras untuk membersihkannya.


Tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak bukan main lagi seronok bermain air. Sehingga waktu ini ( 7.00 pm )laluan diantara K.Lumpur dan Hulu Langat terputus. Air masih belum disurut di kawasan Sg.Serai.


1 comment: