5 Apr 2009

KITA BERKEBUNLAH PULAK..YE..

Nilah projek kami yang baru( Menyahut seruan kerajaan ) Ada dikalangan ahli-ahli kami yang berminat berkebun sayur.Oleh kerana kawasan kediaman terhad maka lorong belakang dan kawasan hadapan rumahlah yang menjadi sasaran.Walaupun kawasan tersebut seluas dua kangkang kera tak cacat, tapi kalau ambil gambar jarak dekat nampak luas juga kawasan tersebut.

Dengan segala inisiatif mereka cuba menanam pelbagai jenis sayuran dengan harapan mendapatkan hasil yang memuaskan.Ada yang cuba mendapatkan benih yang baik walaupun baka penanamnya tak baik.Ada yang cuba cantumkan pokok bendi dengan pokok cili....Bahan-bahan yang terbuang dikitar semula samada dijadikan pasu ataupun baja.


Usaha mereka ini seharusnya dipuji dan patut dijadikan contoh kerana disamping dapat menghasilkan sayur-sayuran yang segar dapat juga kita mengeluarkan peluh. Bagi rakan-rakan yang berat tangan berkali-kali berpesan iaitu apabila keluar hasil nanti, hulur-hulur sikit boleh dapat pahala kata mereka.

Disamping itu pesanan juga buat mereka supaya memastikan kawasan tanaman bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.
Kita mahu sawi yang ditanam menjadi pokok ciku tetapi bukan chikugunya.......
Kesian pengerusi kita kerana ternakan ikan dalam kolah yang diusahakannya mendapat musibah.Ikan-ikannya lemas dalam air......

No comments:

Post a Comment